Tuesday, November 16, 2010

What inside?

         Anggaran lagi 20 hari lagi e-book saya akan di keluarkan.. Tapi masalahnya, dari hari ke hari ada saja masalah kan kerja yang harus di buat... e-book terbengkalai begitu sahaja... bila mula concentrate balik, macam² idea datang... time ni la mula nak buat research... macam best sebab banyak yang boleh di isi dalam e-book ni nanti... tapi masalahnya masa terlampau suntuk..  tapi x apa, rasanya untuk menghabisnyanya x susah, tapu terlukan tumpuan sepenuhnya... 
tetibe idea datang nak muatkan effect tersebut :

 Mendandan gambar diatan dan bawah... hoho


mengawal effect cahaya

Mencantikkan Landscape

         Scope untuk e-bok ni telah beralih dan lagi besar scope die.. jadi nama akan ditukar dan mungkin harga akan dipertimbangkan.. hoho... stakat ni masih dengan harga yang asal... mungkin 4bulan pertama ni akan dikekalkan harga asal... untuk bulan seterusnyer mungkin harga akan dinaikkan.. sekian... 

Friday, November 12, 2010

E-book basic + advance editing

        Sekarang dalam usaha menyiapkan e-book, rahsia asas meng-edit gambar. E-book ini akan dikeluarkan dengan secara berperingkat apabila siap. Bermula dari beta version hinggalah ke final. Orang yang tertentu sahaja yang akan menerima e-book ini secara percuma sebagai percubaan dan testimonial. dan mereka ini akan mula memberi keritikan untuk buku tersebut sehingalah ia dianggap final. Dengan berbekalkan kritikan tersebut, buku ini dijangka akan memenuhi hendak pengguna dari pada yang tidak reti meng-edit langsung hingglah ke advance. Buku ini amat sesuai bagi yang baru belajar. 
          Buku ini menggunakan bahasa malaysia sebagai penyampaian dan menggunakan campuran bahasa English untuk term kerana dapat menyelaraskan penggunaan term didalam buku dan dari sumber luar (english language). Dengan menggunakan bahasa campuran, pembaca tidak tertukar atau keliru dengan term (istilah) untuk software tersebut.
          Buku ini diterbitkan bertujuan untuk memperkenalkan satu software editing yang terkenal dikalangan photographer. Ia bukan software design (Adobe photoshop CS) akan tetapi Adobe photoshop khas dikeluarkan untuk meng-edit gambar yang hasilnya lebih cantik dari adobe photoshop CS. boleh juga dikatakan abode photoshop ini lebih mudah dari adobe photoshop cs. Software ini dapat meng-edit 100 keping gambar dalam masa kurang 5minit (mungkin lebih, berpandu pada kelajuan computer masing²). semua tersusun didalam buku ini. Bermula dari basic hingga ke advance. semua diterang terperinci.  
cover page sementara, atau mungkin final. tajuk dan kelebihkan akan ditambah diatas buku nanti :   

        Kelebihan buku editing ini nanti adalah :

1.  cara meng-edit gambar dengan lebih mudah.

2.  cara menggunakan software yang lebih specific(khas for editting) dan features yang lebih mudah.

3.  cara bagaimana ingin menilai sesebuah gambar (kekurangan gambar).

4.  cara menjadikan gambar lebih menarik.

5.  Cara membaiki dan melicinkan kulit muka

6. Cara menukar warna mata .click sini

7.  Cara mencantikkan warna pada bibir. click sini

8.  Cara menjadikan gambar lebih sharp(jelas).

9.  cara meng-edit gambar yang berkualiti rendah (gambar dari internet & kecik)

10. cara membaiki (buang jerawat) dan mencantik kulit ( buang parut halus) muka.

11. cara mengawal pencahayaan didalam gambar

12. cara untuk memproses gambar dengan lebih cepat.

13. cara untuk menjadi advance dalam meng-edit gambar

Ebook basic + advance editing mengandungi :

1. Ebook basic + advance editing (mengandungi kesemuanya dalam satu e-book)

2. Bonus software editing disediakan
   Adobe photoshop LR3
   Adobe Photoshop CS5
   Image Resizer

3. Bunus Tips (internet offline and Link)

4. Gambar potret sebagai latihan .

5. Bonus Brushes and presets


kesemuanya masih dalam perancangan dan pembikinan, sebarang pertukaran akan dimaklumkan kemudian.

        Buku ni mungkin akan dikeluarkan awal bulan 12/2010 pada harga promosi, iaitu RM35 dan ada discount hingga RM25 (mengikut terma dan syarat). Promosi akan tamat pada awal bulan 1/2011 dan akan dijual pada harga asal iaitu RM50 dan discount sehingga RM35(mengikut terma dan syarat). Berserta buku ini saya sediakan software yang dicadangkan (mungkin dua atau lebih) dan bonus² yang lain seperti gambar, presets, brush dan lain². diharap pengeluaran buku ini dapat membantu anda dalam merakam hidup anda dengan lebih menarik dan mengaplikasikan keindahan gambar tersebut.

Sokongan anda semua amat saya hargai.  Terima kasih... 


p/s: sila tinggalkan comment anda, comment anda amat saya hargai..


Monday, November 8, 2010

Adik Fatin Najwa

Baru sudah upload gambarnye si haqiem.. Sekarang pula, anak kepada ibu bapa yang sama iaitu anak USTAZ Habullah bin Muhammad dan adik kepada si haqiem.. gambar ini dirakamkan oleh isteri saya, saye pun x pasan, tetibe da ade dalam camera.. sangat menarik, jadi saye ambil dan memberi sedikit sentuhan dari segi color, sharpness dan lighting... so please Enjoy..







That All.. Malas nak tulis pepanjang, esok kerja, so chaw dulu yerk...
Thanks for viewing..

Kami Insan Yang Kerdil..

Alhamdulillah, Bersyukur kehadrat ilahi kerana dikurniakan anak buah yang comey².... hehehe... dikesempatan itu saye dengan sporting nyer memaksa beliau untuk berposing... kalu x paksa, mesti diorang x mau...berbekalkan rotan disebelah dan nada sedikit tegas, maka terhasillah gambar ini...

Ya Allah, Engkau telah kurniakan aku ibu bapa yang terbaik,
Terbaikilah aku supaya boleh menjadi yang terbaik untuk mereka... amin...
Lakonan semata²,  

Haqiem baru Iqra' 5.. memandangkan die sudah 7 tahun, saye dengan bangganya menyuruh die mesuk surah besar (al_Quran).. memang die merungut x nak, tapi kalu dipaksa, insyaAllah boleh dan die akan belajar tuk belajar dengan cepat.. so far die bleh bawak...


Saya Sedang bertapa, jangan ganggu... COBAAN...


Ya Allah, Laparnyer....

Al-Quran Petunjuk ku..

Sebenarnyer, Gambar ni dirakam untuk saye sesaje nak masuk contest pa&ma... kepada sesiapa yang jumpa gambar tesebut, sila lah undi, diruangan gaya bulan ini (november 2010).. terima kasih kepada yang membaca dan melihat photo ini, ia sedikit sebanyak dapat memberi support kepada saye untuk terus mencari gambar yang menarik untuk dikongsikan.. 

sekian, terima kasih...

Saturday, November 6, 2010

Taman Tasik Metropolitan Batu

5 haribulan 11, pada hari jumaat jatuh pada hari depawali, iaitu haru cuti umum.. aku mengambil keputusan tuk bawa anak aku jenjalan... disebabkan die kecik lagih, agak sedikit kebosanan.. jadi aku bawa askar² kakak aku ni memeriahkan lagi hari tersebut... pagi tu aku baru nak berehat, bini aku lak suh aku masak, haha.. aku masak jer lah...






















Boleh tahan gak aku nih, ape salahnyer kalu aku amek gak gambar pemandangan disekeliling... cam maner lah aku leh lupe... tapi x per... yang ni pun memadai... kalu x, penuh blog aku ni nanti.. hohoho..

Syamil Zarfan selepas mandi...

Gembira aku bile buka Blog ni pakai google chrome... selalu nyer x bleh nak masukkan gambar, tapi kali ni bleh pulak dan lebih senang dari pakai Internet Explorer punyer funtion... mungkin sebab blogspot ni da upgrade da kowt, Bwt, aku cukup berpuas hati tuk terus post gambar terbaru....
Berikutnyer adalah gambar putera kami (Aku dan Isteri Siti Aishah Binti Musa) yang alhamdulillah selamat dilahirkan pada 01 August 2010 dan kini aku rakamkan gambar nya pada usianya 3 bulan.. Ni lah gambar baby yang sesudah dimandikan dalam keadaan kesejukan... Enjoy...

"Abah, Syamil Sejuk lah"

"Tengok ape?"

Saye budak Encem.. hehe

Huh

"Alaaaa... bile nak pakai baju nih, sejuk lah..."

Da pandai Hisap jari yeeee...





Syamil da pandai gelak da...

Sexy nyer... hoho

"...............?????"









"eehhh" 
Sabar ye dik, sikit jerr lagih.... 






Haaaa... da start da... Baby mula tidak selesa kesejukan... sebelum enjin adik panas,  baik abah ikut kehendak adik, abah pakai kan baju da bg minum susu yer.... hehe... begitu lah, baby ni reti nangis jer.. kite kene sentiase paham kehendak die... jangan kite pulak mati kutu depan baby yang tengah nangis udah ler.. ti jadi cam orang tu, baby nangis, da lame sangat, die pun ikut nangis...  hehe...

...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails