Monday, January 24, 2011

Harga sebuah senyuman

Senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.... ;)
ini maccam baru betul macca. haha..
hiburkan hati dengan senyuman pada diri. orang yang melihat juga akan merasakannya. senyuman pada diri sendiri membawa kebaikan. jangan senyum sinis yang dibelakangnya ribuan kejahatan berselindung yang akhirnya membinasakan diri.

Senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.... ;)
ini maccam baru betul macca. haha..
senyum pada diri bkan gila, tapi senyum pada diri dengan menyatakan  "syabas kamu berjaya menjalankan tanggungjawab kamu". sekali senyum pada diri membawa seribu kabaikan dan senyuman yang ikhlas menjadikan diri lebih berharga dirasai dan terasa hebat dalam mengharungi getir hidup.


Senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.... ;)
ini maccam baru bettul macca. haha..
senyum pada rakan akan membawa baikan. senyuman yang berlebihan dikatakan gila, bila kurang pula dikatakan sombong. senyum sebaiknya dikatakan pemurah dan senyum yang merbahaya senyum pada lain jantina yang bukan muhrim, mungkin berkenan atau gatal. haha.

Senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.... ;)
ini maccam baru betul macca. haha..
senyum pada family sebagai hormat. sangkakah kamu dengan senyuman kamu diberi kehormatan? danb sangkakah kamu tanpa senyuman kamu dikeji family? percaya lah, itu benar. senyumlah pada ibu bapa agar umurnya akan dipanjangkan, insyaAllah.

Senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.... ;)
ini maccam baru betul macca. haha..
Senyum pada bos kengkadang orang kata bodek dan kebanyakkan begitulah. walaubagaimanapun, senyumlah dengan seikhlasnya, keuntungannya pada kamu juga. jika kamu tidak kedekut senyum dengan bos, bos tak kedekut gaji dengan kamu. senyum pun dapat gaji?? ya, cuba lah. jangan senyum x tentu hala, nanti bos seram pulak pada kamu.. haha..

Siapakah hati?

Lawak itu kelakar, kelakar itu lucu, dan lucu itu amat mencuit hati. Ada juga lucu itu boleh menjadi pisau yang menjadi kedukaan dihati dan mungkin juga ia akan berlaku walaupun dengan jarang kali atau kerap kalinya. diketika itu, ketawa kuluar air mata darah kerana ketawa akan diri sendiri. itu lah yang boleh dicerikakan untuk diri sendiri.

walaupun perlbagai maksud boleh diterjemahkan, bukan itu yang menjadi keutamaan bila hati mula merasakan sesuatu. kita sering lupa akan hati, betapa letihnya dia hanya dikerah, sibuk kita bercerita pada rakan dan menyendirikan hati. bila muda sedih, baru mencari hati untuk diceritakan, itu pun kalau sedar, lebih ramai yang mencari orang lain untuk mencaritakan.

Hati bukan diri, hati boleh berbicara, dan boleh bercarita. tanpa hati kita tidak mengerti sebuah kesedihan atau lawak jenaka yang rakan sampaikan. jadi selalu lah bercerita pada hati dan jangan biarkan ia bersendirian. jangan lupa, hati juga boleh menipu, jangan tertipu pada hati yang selalunya membawa padah diri. kita berkawan lah dengan hari dan didiknya biar ia menjadi rakan yang paling baik dan paling bijak.

Time is running out..

Fuh.. begitu pantas masa berlalu. Tak sempat aku berpaling, pelbagai benda perlu dihadapi. Harap ketabahan bersama dan menyusul di perjuangan hingga ke akhir nanti. Harapan masih digenggam, pengorbanan telah diberikan, cuma menunggu keindahan kelak dinanti.

sedar x sedar sudah nak bulan dua. bagai mana dengan azam tahun baru? Hmm.. sukar untuk diceritakan, lagi sukar untuk dihadapi. Senang untuk diberitakan, bukan muda untuk lalui. tekanan turut dirasa, usaha belum menampakkan minatnya, tanggungjawab tetap menggunung tinggi.

yang manakah wajib, yang manakah sunat dan yang manakah tidak perlu? masih menjadi kekeluruan apabila kehendak, masa depan dan kewajipan mengikut seiringan. sesak dada, penuh kepala. henda diluah mati emak, hendak ditelan mati bapak, begitulah perumpamaannya.

Jauh langkah melangkah, begitu banyak yang tumpang berpaut. setiap pautan perlukan penyelesaian, tapi masa yang mana kah? fikir demi kebaikan, bukan buang demi keselamatan yang akhirnya barah dikemudian hari. pejam mata tumpukan kejayaan, masih tebayang hiburan untuk hati.

Masa makin terasa berharga, lagi berharga dari emas dan permata. yang tersayang bukan perlu dibelai dengan wang berjuta, tapi masa depan yang terjamin adalah langkah yang terlalu sukar untuk diberikan dimana ramai yang gagal dalam usaha ini. adakah aku juga inginkan kegagalan mereka juga bersama ku?

akhirnya aku duduk sendirian, melihat telatah manusia yang makin kelakar. mengejar bayang² sendiri dengan rakusnya, dan menikam bayang² sendiri dengan kejamnya. ada juga yang bercakap dan berkongsi pengalaman dengan bayang² nya sendiri tanpa menyedari ramai yang mengtawakannya. ada juga yang begitu gembira mengejar kaca dari intan, dan ada juga yang memuja kaca yang dianggap intan. yang akhirnya, mereka semua dikalangan yang merugikan. dimanakah aku? Hmm... masih panjang perjalanan, jangan tersungkur ditengah jalan kerana masih banyak jadual yang diprogramkan, dan ini hanya permulaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails