Monday, January 24, 2011

Time is running out..

Fuh.. begitu pantas masa berlalu. Tak sempat aku berpaling, pelbagai benda perlu dihadapi. Harap ketabahan bersama dan menyusul di perjuangan hingga ke akhir nanti. Harapan masih digenggam, pengorbanan telah diberikan, cuma menunggu keindahan kelak dinanti.

sedar x sedar sudah nak bulan dua. bagai mana dengan azam tahun baru? Hmm.. sukar untuk diceritakan, lagi sukar untuk dihadapi. Senang untuk diberitakan, bukan muda untuk lalui. tekanan turut dirasa, usaha belum menampakkan minatnya, tanggungjawab tetap menggunung tinggi.

yang manakah wajib, yang manakah sunat dan yang manakah tidak perlu? masih menjadi kekeluruan apabila kehendak, masa depan dan kewajipan mengikut seiringan. sesak dada, penuh kepala. henda diluah mati emak, hendak ditelan mati bapak, begitulah perumpamaannya.

Jauh langkah melangkah, begitu banyak yang tumpang berpaut. setiap pautan perlukan penyelesaian, tapi masa yang mana kah? fikir demi kebaikan, bukan buang demi keselamatan yang akhirnya barah dikemudian hari. pejam mata tumpukan kejayaan, masih tebayang hiburan untuk hati.

Masa makin terasa berharga, lagi berharga dari emas dan permata. yang tersayang bukan perlu dibelai dengan wang berjuta, tapi masa depan yang terjamin adalah langkah yang terlalu sukar untuk diberikan dimana ramai yang gagal dalam usaha ini. adakah aku juga inginkan kegagalan mereka juga bersama ku?

akhirnya aku duduk sendirian, melihat telatah manusia yang makin kelakar. mengejar bayang² sendiri dengan rakusnya, dan menikam bayang² sendiri dengan kejamnya. ada juga yang bercakap dan berkongsi pengalaman dengan bayang² nya sendiri tanpa menyedari ramai yang mengtawakannya. ada juga yang begitu gembira mengejar kaca dari intan, dan ada juga yang memuja kaca yang dianggap intan. yang akhirnya, mereka semua dikalangan yang merugikan. dimanakah aku? Hmm... masih panjang perjalanan, jangan tersungkur ditengah jalan kerana masih banyak jadual yang diprogramkan, dan ini hanya permulaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails