About Me


Cicak Production adalah hasil kerja dari Nik atau dikenali sebagai Cicak Poyo. Beliau mula berjinak dalam dunia photography sejak awal 2010 secara berseorangan. Dengan minat yang mendalam beliau telah mengumpul segala teknik dan taktik untuk menjadikan beliau seorang yang pakar dan berpengalaman. 

Namun begitu, dengan kesibukan harian berkerja dan menjaga anak² buah beliau membantutkan hajat beliau menjadi seorang photographer. dalam usaha mengumpul dana untuk menaiktarafkan kelengkapan photography beliau telah bercadang untuk membuat ebook kepada mereka yang ingin belajar editing. dengan berbekalkan ilmu yang ada, beliau telah melengkapkan sebuah buku dan sedikit bahan tambahan secara percuma segabai membantu untuk mendapatkan rujukan yang lenngkap

Berbalik pada profile beliau. Nik adalah seorang technician computer, sedikit lari dari pengajiannya iaitu programmer. Cita² beliau yang sebenarnya adalah untuk menjadi hacker dan cita²nya mati ditengah jalan apabila semua aplikasi kerja beliau sebagai programmer telah ditolak kerana berstatuskan "berkahwin". beliau  bertukar minat kepada technician yang sememangnya sudah berpengalaman dalam bidang itu. walaubagaimana pun, bukan setakat itu sahaja cita² belaiu, kini berminat pula pada system engineering iaitu berkenaan dengan server. kini beliau mula belajar secara perlahan² kerana baginya pemahaman untuk bidang itu terlalu rumit.

photography adalah minatnya semata². jika kelengkapannya sudah cukup serta sudah mempunyai pengalaman dalam menggunakannya, beliau bercadang untuk menjadikan hobinyan sebagai pendapatan sampingan. ini kena dengan kehendaknya yang ingin berkerja sendirian. dan sekarang sedang mencari pengalaman hidup untuk terus berjuang dikala mula berkerja sendirian.  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails