Lawak itu kelakar, kelakar itu lucu, dan lucu itu amat mencuit hati. Ada juga lucu itu boleh menjadi pisau yang menjadi kedukaan dihati dan mungkin juga ia akan berlaku walaupun dengan jarang kali atau kerap kalinya. diketika itu, ketawa kuluar air mata darah kerana ketawa akan diri sendiri. itu lah yang boleh dicerikakan untuk diri sendiri.
walaupun perlbagai maksud boleh diterjemahkan, bukan itu yang menjadi keutamaan bila hati mula merasakan sesuatu. kita sering lupa akan hati, betapa letihnya dia hanya dikerah, sibuk kita bercerita pada rakan dan menyendirikan hati. bila muda sedih, baru mencari hati untuk diceritakan, itu pun kalau sedar, lebih ramai yang mencari orang lain untuk mencaritakan.
Hati bukan diri, hati boleh berbicara, dan boleh bercarita. tanpa hati kita tidak mengerti sebuah kesedihan atau lawak jenaka yang rakan sampaikan. jadi selalu lah bercerita pada hati dan jangan biarkan ia bersendirian. jangan lupa, hati juga boleh menipu, jangan tertipu pada hati yang selalunya membawa padah diri. kita berkawan lah dengan hari dan didiknya biar ia menjadi rakan yang paling baik dan paling bijak.
No comments:
Post a Comment